Thursday 2 April 2015

Cabaran Makan Tanpa Nasi : Hari Kedua




Hari ini merupakan hari kedua Bro makan tanpa nasi. 1 hari tanpa nasi buat setakat ini, bro rasa biasa sahaja. Mungkin dahulu bro amalkan diet Atkins menjadikan bro rasa biasa tanpa nasi. Cuma kali ini bro bukan buat Diet Atkins ye. Seakan tetapi tidak ikot 100% seperti diet Atkins.

Pagi tadi, macam biasa bro sekadar minum air Green Tea dan kali ini bro makan 1 biji kuih sahaja untuk alas perut. Kalau tak makan, takut nanti menggigil kaki kerana tiada tenaga. Sarapan itu penting ye. Jangan tidak sarapan.


Makan tengah hari pula macam biasa tetapi lauk lain berbanding semalam. Bro cuma ambil Ikan Keli Bakar + Sayur Pucuk Paku + air kosong. Bajet makan hanya RM5 no GST. Sambil kita berdiet, kita pon boleh berjimat cermat dalam pengurusan kewangan kita. Pandai tak. Untuk makan petang/malam, bro cuma ambil ayam goreng berempah 1 ketul dan 1 ekor burung puyuh dan tidak lupa juga air Green Tea. 

So, berat Bro ketika ini masih di 77kg tetapi hampir nak masuk ke line 76kg. Mungkin bro timbang selepas makan, terdapat perubahan sedikit. Pasti anda pelik, berdiet tapi makan ayam goreng. Sebenarnya, diet bukan bermakna kite menahan lapar. Itu salah sebenarnya. Sebenarnya kita makan lah apa sahaja tetapi ambil dengan kuantiti yang sesuai. Pengambilan ayam dalam menu diet bro kerana bro cuba menekankan diet tanpa nasi. Dengan tanpa nasi, adakah bro mampu menurunkan berat badan? Tunggu dan lihat sahaja ye.

No comments:

Post a Comment