About Me

Blog ini merupakan blog baru Bro Nasa. Ia lebih memaparkan pendapat Bro mengenai keadaan sekeliling kita. Mengenai isu semasa, hal politik dan pelbagai cerita lagi. Bagi yang belum mengenai bro, Bro berasal dari Larkin, Johor Bahru, Johor. Berusia 28 tahun dan sudah mempunyai 2 orang cahaya mata. Semuanya hero-hero lah.

Bro mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Larkin (2) , Johor Bahru. Manakala pendidikan menengah, bro banyak pindah sekolah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph (B), Johor Bahru, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang (1), Pasir Gudang dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. Bagi pendidikan Tinggi pula, Bro sekadar belajar di Kolej Teknologi Baiduri mengambil Sijil Kemahiran Pembantu Juruteknik Komputer Tahap 2 (SKM).

Itulah serba sedikit mengenai Bro Nasa yang anda boleh tahu. Banyak sebenarnya nak bagitahu tetapi setakat itu cukuplah. Baiklah, semoga anda terhibur dengan blog Bro Nasa ini. Jangan lupa Follow blog ini.