Sunday, 5 April 2015

Cabaran Makan Tanpa Nasi : Setelah Hari Ke 5



Dah masuk hari kelima Bro makan tanpa mengambil nasi. Setakat ini, Bro masih boleh tahan lagi dan tidak cheat dalam diet ini. Selama 5 hari Bro makan tanpa nasi, dari berat dahulu 178kg tapi kini sudah 175kg. Satu yang amat menakjubkan setelah 5 hari tanpa nasi. Kalau timbang berat selepas bangun tidur, berat bro boleh mencecah 174kg tapi bila mula ambil sarapan, naik baik ke 175kg. Apa yang bro makan selalunya adalah ayam dan sayur sahaja.

Ayam Panggang

Cara penyediaan ayam bro pelbagaikan seperi memanggang dan adakalanya goreng ayam itu. Resepinya bro buat sendiri. Ambil beberapa ketul bahagian ayam yang dimahukan, letak garam sedikit, black paper powder dan sedikit mix herb. Perap sekejap kemudian panggang atau goreng. Kalau nak penambahan, letak cheesedale kat atas ayam setelah goreng, dan bagi cheseedale tersebut cair. Contoh boleh lihat seperti gambar di atas. Kalau bab sos, Bro gunakan sos Nandos extra hot sebagai pilihan kerana ia kurang carb.

Ahmad Green Tea

So, hari merupakan hari ke 6 diet tanpa nasi ini. Diharap bro dapat mencapai berat badan ideal seperti diidamkan. Perkara wajib dalam diet ni, jangan lupa minum air kosong sentiasa dan jangan perut kosong. Makan sahaja berapa kali nak tetapi bukan nasi. Luangkan masa sekejap dalam 20 minit untuk membuat senaman ringan di dalam rumah jika tidak berkesempatan ke gym.

No comments:

Post a Comment