Nama aku, Bro Nasa. Mungkin ada sesetengah blogger mengenali aku sebelum ini melalui blog lama aku iaitu Terowong Informasi dot com. Blog tu dah mencecah 4 tahun rasanya dan telah mencapai 1.6 juta pengunjung sepanjang kewujudan blog itu. So, sekarang aku cuba bina blog baru yang lebih menekankan apa yang aku nampak dan rutin harian aku.
Blog sebelum ini aku lebihkan informasi terkini sahaja. Dah rasa bosan dengan tag line macam itu, aku buatlah blog peribadi. Rasa macam free skit berbanding mencari informasi terkini. Aku harap ada yang sudi membaca blog baru aku ni.
Sebenarnya, macam malas nak berblogging. Setelah 2 bulan tak blogging, macam pelik rasanya bila jari ini tidak menaip sesuatu. Maka, wujudlah blog Bro Nasa ini tanpa disengajakan. Oklah, kepada yang sudi mengikuti perkembangan aku, silakan lah. Aku akan terjah blog korang nanti.


No comments:
Post a Comment