Isu Palestin ini sudah lama kedengaran. Kesensaraan mereka alami memang sukar digambarkan. Saban hari, ada sahaja berita dari Gaza yang kita terima di dada akhbar dan juga di news feed Facebook. Kekejaman Israel ke atas penduduk Gaza memang tidak berperikemanusian dan boleh dianggap seperti binatang.
Serangan bom dari tentera Zionist Israel bermula sejak pada awal Ramadhan lalu. Sehingga kini, ia masih menyerang penduduk Gaza yang tidak bersalah. Mangsa kebanyakkannya adalah wanita, kanak-kanak dan warga tua. Apa salah mereka ini?
Dengan penderitaan yang mereka alami ini, Malaysia merupakan negara yang satu-satunya lantang menentang kekejaman Zionist Israel ini. Memang sejak dari dahulu lagi, kita mengutuk kewujudan negara haram ini sehinggakan pihak Israel baru-baru ini menuduh Malaysia melatih pejuang Hamas di negara ini. Adakah Malaysia menjadi sasaran Israel selepas ini?
Apa tindakkan kita sebagai umat islam jika mendengar kesensaraan saudara kita di Palestin? Apakah yang mampu kita lakukan? Pasti ia mencabar kita dalam hal ini. Dengan memboikot barangan Israel ini merupakan tindakkan popular yang boleh kita lakukan. Memang diakui, produk Israel sudah banyak dipasaran dunia sekarang ini sehinggakan ia menjadi barang harian wajib yang kita beli. Sebagai contohnya Milo, Maggie dan sebagainya. Pasti ia menyukarkan kita untuk memboikot barangan mereka ini. Jika kita mampu lakukannya, dah cukup bagus dan jika tidak, bro rasa baik cuba perlahan-lahan. Ia pasti mengambil masa yang lama untuk kita tinggalkan barangan ini. Takpe, cuba perlahan-lahan, Banyak produk muslim yang ada dipasaran cuma ia kurang popular sahaja.
Jadi, anda bagaimana? Apa yang anda lakukan? Cuba cerita sikit kat komen...




No comments:
Post a Comment