Friday, 8 August 2014

Pekerja McD Perlu Berhenti Kerja


Boikot McDonald

Saban hari,  cerita mengenai McD masih hangat diperkatakan. Ia seolah menjadi viral di Facebook ketika ini. Bagus kita memboikot salah satu produk Israel ini. Ia satu usaha murni yang boleh dianggapkan tetapi biarlah secara profesional.




Apa yang Bro lihat di Facebook tadi,  mengenai satu video troll oleh beberapa budak nakal ke Restoran McD.  Mereka berpura-pura memesan makanan melalui Drive thru, bila sampai ke kaunter mereka terus kata kepada pekerja tersebut Fuck Israel sedangkan pekerja itu beragama islam. Mereka hanya pekerja sahaja. Janganlah blame diorang sampai macam itu sekali. Macam orang yang cakap fuck Israel tu  bagus tapi berperangai macam israel pula. Tiada sifat keislaman yang ditunjukkan oleh masyatakat kita ketika ini 


Pencari Kerja

Ada juga memberitahu kepada staff McD supaya berhenti kerja terus. Pada pendapat bro,  lebik baik kerja dulu tetapi dalam masa yang sama cari kerja lain. Tak salah buat macam tu. Bro akui, nak cari kerja pada zaman sekarang memang susah. Bro sendiri nak cari kerja lain masih tak dapat-dapat lagi. Orang yang cakap berhenti kerja terus tu senanglah cakap. Mereka ini pasti ada komitmen lain yang perlu dilangsaikan.

Jadi, kita perlu bertimbang rasa sikit mengenai perkara ini. Jangan salahkan pekerja ini. Bro pun boikot juga tetapi dengan cara bro tersendiri. Kalau nak boikot tu, boikotlah tetapi biar cara bertamadun sikit. Jaga maruah islam kerana orang bukan islam memerhatikan kita aje. Jangan sampai diorang kata, orang islam berperangai macam ni ye.. Malu nanti.. Fikir-fikirlah..

2 comments:

  1. kesian mereka yang bekerja disitu..sekarang nie bukan mudah nak cari pekerjaan.

    ReplyDelete
  2. betul tu..mereka ingat cari kerja lain senang agaknya..cakap bolehlah kan

    ReplyDelete