Tuesday, 5 August 2014

Memboikot Cara Penuh Emosi Bukan Cara Kita



Sekarang isu boikot menjadi tranding dikalangan rakyat Malaysia. Berita di dada akhbar, di blog dan di media sosial menjadi satu perbualan hangat. Memboikot barang dari Israel memang Bro setuju sangat kerana barangan keluaran mereka ini dipercayai menyalur dana ke Israel. Antara produk popular mereka adalah McDonald, Coke Cola, Pepsi dan pelbagai lagi jenis barangan yang lain.

Sebab mengapa kita memboikot barangan ini adalah untuk menjatuhkan dan merugikan syarikat tersebut yang boleh menyekat keuntungan mereka dari menyalur dana ke Israel. Akan tetapi, cara memboikot yang dilakukan oleh rakyat Malaysia tidak mencerminkan budaya islam yang penuh dengan lemah lembut dan sifat bersabar.


Fanpage Aqsa Syarif merupakan medium utama bro mendapat maklumat terkini di Gaza. Fanpage ini juga kesal dengan tindakkan segelintir menyerang dengan agrasif McDonald di Dungun baru-baru ini. Ini bukan cara boikot yang bertamadun tetapi ia memalukan diri kita sendiri. Sudah pasti, yang bukan beragama islam tidak respect cara kita memboikot. Adakah Rasullullah S.A.W mengajar kita cara memboikot seperti ini? Cuba anda ingat kembali sejarah Rasullullah S.A.W ketika berdakwah di mekah/madinah dahulu, beliau dihina malah dilemparkan najis ketika menyebarkan islam pada ketika itu tetapi Rasullullah tidak melenting dengan tindakkan mereka tetapi malah bersabar dan bercakap dengan lemah lembut.Akhirnya mereka menerima Islam dengan hati terbuka. Itu yang kita mahukan. 


Jadi, kepada anda semua yang ingin memboikot, boikot lah barangan mereka ini tetapi adab perlulah dijaga demi nama Islam. Bukan dengan cara kekerasan yang perlu kita amalkan. Kita boikot barangan mereka secara diam-diam sudah memadai dan bukannya menakut-nakutkan mereka. Pekerja-pekerja mereka juga ada yang beragama islam ye. Kepada yang kurang bersetuju dengan penulisan bro ini, bolehlah komen dan kalau ada juga bersetuju juga boleh komen di bawah.

No comments:

Post a Comment