Cerita mengenai TMJ buru penyerang sensasi Sepanyol, Fernando Torres kurang disenangi oleh segelintir peminat bola sepak Malaysia terutamanya yang Anti JDT. Pasukan kelab, Johor Darul Takzim dan pasukan Kelantan merupakan pasukan komited dengan pembangunan bola sepak di Malaysia ini. Dengan pembelian pemain yang berstatus bintang menjadikan pasukan ini digeruni oleh pihak lawan di Malaysia.
Ada segelintir peminat bola sepak di Malaysia tidak suka akan pembaharuan yang dilakukan oleh TMJ. Mungkin mereka 'culture shock' dalam arena bola sepak Malaysia yang sebelum ini malap tanpa sebarang pembaharuan. Kemunculan pemain bintang ternama seperti Daniel Guiza, Pablo Aimar dan Luciano Figueroa menjadikan pasukan Johor Darul Takzim kurang disenangi oleh Anti JDT. Ada yang mengatakan, pembelian mereka ini satu pembaziran dan buang duit rakyat. Korang boleh baca komen di SINI.
Apa kaitan duit rakyat dan bola sepak? Apa pemahaman Bro, bola sepak ini tidak termasuk dalam bajet negara langsung tetapi bajet pasukan bola sepak diperoleh dari Persatuan Bola Sepak dan penaja-penaja pasukan tersebut. Akan tetapi, mereka yang cetek ilmu mula memasukkan isu politik dalam dunia sukan. TMJ sendiri pernah bersuara, pembangunan Bola Sepak Johor tidak menyentuh langsung duit rakyat malah beliau menggunakan bajet tersendiri. Segala infrastuktur dikeluarkan dengan bajet kelab sendiri.
Untuk pengetahuan korang, setiap pasukan di Malaysia mempunyai bajet kewangan tersendiri mengikut kemampuan masing-masing. Dengan penjualan tiket, penjualan Jersey, cenderahati dan pelbagai lagi akan disalurkan ke akaun persatuan bola sepak tersebut. Jika marketing persatuan tersebut bagus, makin banyaklah keuntungan yang mereka dapat dan dari situlah bajet pembelian pemain bertaraf bintang akan terlaksana. Bola sepak sekarang sama sahaja seperti syarikat korporat. Ada untung rugi juga.
Mungkin mentaliti rakyat Malaysia lebih menjerumus ke isu politik dan menjadikan mereka mencampur adukkan antara bola sepak dan politik. Ia salah sebenarnya. Cuma fikir sedikit mengenai kelab terkaya dunia, Real Madrid. Bagaimana kelab tersebut menjadi kaya raya? Adakah president Real Madrid menggunakan duit rakyat? Ada tak rakyat Sepanyol mengisukan duit rakyat ketika Real Madrid membeli Cristiano Ronaldo satu ketika dahulu? Pembelian Cristiano Ronaldo bukan RM1 juta tetapi ratusan juta Ringgit. Cuba fikir secara logik sebelum bercakap. Jika anda salah cakap, ia boleh menjadi fitnah. Korang tahukan, fitnah ini lebih teruk berbanding membunuh. Fikir-fikirkan.....


No comments:
Post a Comment