Tuesday, 31 March 2015

GST Bermula Dengan Pelbagai Tanda Tanya

GST

Esok, 1 April 2015 bermula sejarah baru negara apabila buat pertama kalinya, sistem percukaian atas barangan atau GST dikuatkuasakan. Bila menyebut mengenai GST, ia sangat sensetif kepada semua orang kerana memikirkan kos sara hidup akan meningkat akibat bermulanya sistem percukaian baru ini. Ramai yang masih belum jelas fungsi GST ini sehingga menjadikan rakyat menjadi tanda tanya. 

GST


Apa yang Bro dipahamkan mengenai cukai ini adalah Cukai SST sebanyak 16% itu akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan sistem cukai baru GST pada kadar 6%. Justeru GST bukan cukai tambahan kepada cukai sedia ada. Pendapatan dari pengumpulan hasil cukai GST yang lebih tinggi ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan pelbagai infrastruktur baru di mana rakyat pasti akan dapat nikmat dan manfaatnya secara langsung atau tidak langsung. 

GST


Ini adalah penjelasan dari kerajaan sendiri. Benar atau tidak, kita lihat bagaimana ia beroperasi esok. Dulu kata, perkhidmatan awan tidak akan naik tapi ia naik sebelum GST bermula. Dari situlah rakyat masih samar samar mengenai GST ini. Kita lihat selama 1 bulan dahulu, adakah ia berkesan atau membebankan rakyat? Bro sendiri tidak tahu lagi nak jelaskan. Jadi, jangan pula melebalkan bro ini macai BN ye bila ketengahkan isu panas ini. Ia sekadar pendapat sahaja.



No comments:

Post a Comment