Tuesday, 31 March 2015

Penangan Clash Of Clans


COC

Clash Of Clans atau COC dalam ringkasannya merupakan satu permainan dalam talian yang cukup popular di dunia ketika ini. Ia mula diperkenalkan pada 2 Ogos 2012 di Google Play dan iOS Playstore. Permainan ini merupakan permainan strategi. Ia sama seperti anda main permainan komputer seperti War Craft, Red Alert dan sebagainya. 


COC

Permainan ini memerlukan perancangan baik terutama dari segi pertahanan dan cara anda menyerang. Pada mulanya, Bro tidak terjebak akan permainan ini tetapi pada satu hari, bro cuba memuat turun permaianan ini sehinggakan leka terhadap tugasan harian. Permainan ini memang diakui memerlukan konsisten yang banyak kerana ia melibatkan kubu pertahanan anda itu.


COC


Dalam permainan Clash Of Clans ini, anda boleh membina Clans Castle anda sendiri untuk membuat rangkaian pertahanan anda. Clan Castle ini membolehkan rakan anda yang lain menyertai anda sehingga 50 orang. Jika anda mempunyai Clans yang ramai, anda boleh membuat pencarian peperangan dengan Clans lain. Jika anda menjuarai peperangan tersebut, anda akan mendapat habuan seperti duit, elixir dan dark elixir. Ia boleh digunakan untuk meningkatan kekuatan tentera dan kubu anda.


COC


Pasti anda pernah mencubanya. Jika anda gilakan permainan ini, pasti anda akan mengadap permainan ini setiap masa. Pesanan bro, nak main boleh tetapi biarlah kerja dan tugasan anda siap dahulu. Mainlah bila di waktu lapang sahaja dan jangan curi tulang semata-mata Clash of Clans.


#ClashOfClans
#MalaysArmy
#Gamemaniac

No comments:

Post a Comment