Tuesday, 31 March 2015

Perbincangan Usaha Sama JDT Dan Club Atletico River Plate


TMJ

Sejak DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), banyak perubahan yang beliau lakukan terhadap lanskap bola sepak Johor dan juga Malaysia sekarang ini. Pelbagai perancangan rapi yang dilakukan oleh TMJ termasuk dengan kerjasama antara kelab di luar negara.

JDT

Sebelum ini, Borussia Dortmund telah bersetuju untuk bekerjasama dengan JDT untuk pembangunan bola sepak dari akar umbi. Ia sesuatu yang cukup baik dan tiada pasukan sebelum ini mampu bekerjasama dengan kelab gergasi di luar negara.

Perbincangan Usaha Sama JDT Dan Club Atletico River Plate


Terkini, perbincangan usaha sama antara JDT dan Club Atletico River Plate sedang diusahakan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor berkenan berangkat ke Argentina untuk pertemuan bersama pihak Club Atletico River Plate. Perbincangan bersama kelab yang telah memenangi 36 kali kejuaraan Primera Division itu akan melibatkan program pertukaran pemain serta memberi peluang pemain muda JDT menimba pengalaman demi pembangunan bola sepak. Secara tidak langsung menunjukkan program yang melibatkan Johor Darul Ta'zim tidak hanya tertumpu kepada negara-negara Eropah namun turut menyenaraikan negara Amerika Selatan. - Facebook Johor Southern Tigers

Jarang kita mendengar pemain kita mencuba nasib di Amerika Selatan kerana kita lebih fokus di eropah sedangkan pemain kita sukar untuk layak bermain liga elit di eropah seperti Barclays Premier League (BPL) dan La Liga Sepanyol. TMJ telah membuka ruang untuk pelapis negara mengembangkan bakat di Amerika Selatan. Jika uasaha ini tercapai, satu lembaran hebat telah berlaku dalam arena bola sepak Negeri Johor dan juga Malaysia. Liga Super Malaysia Makin dikenali di seluruh dunia.

Kredit Foto : Facebook Johor Southern Tigers

No comments:

Post a Comment