Thursday, 2 April 2015

Gambar Resit Pembelian Menjadi Trending Di Facebook


GST Malaysia


Resit resit resit. Itulah yang biasa kita lihat di laman sosial no 1 dunia iaitu Facebook. Dari awal scroll sampai habis, gambar resit kerap kelihatan atas pengkongsian rakan anda dan juga beberapa blogger yang anda kenali. Sejak dari semalam, bermulanya sistem percukaian baru iaitu GST, ramai rakan kita kongsikan resit hasil pembelian yang dilakukan.

Hasil-hasil perkongsian ini ada bagusnya dimana kita boleh tahu, kedai, premis jualan mana yang mengenakan GST tetapi tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam penyediaan resit pembelian. Bro yakin, masih ramai belum faham mengenai sistem GST yang dilakukan oleh kerajaan. 

GST Malaysia


Setahu Bro, mana-mana peniaga yang berniaga dengan pendapatan setahun mereka RM500 000, barulah boleh mendaftar dan mengenakan GST kepada pengguna. Kalau tidak silaplah. Kalau salah betulkan. Tetapi, kenapa sebelum ini kita tidak ambil kisah dengan resit sedangkan dahulu ada cukai yang dikenakan seperti cukai perkhidmatan dan cukai kerajaan (gov tax)? Contohnya Bill Astro dan Unifi yang Bro perasan, pada awal tahun ini iaitu bulan January, GST telah dikenakan terhadap pengguna. Cuba lihat bill Unifi Bro pada bulan 1, kelihatan GST telah dikenakan terlebih dahulu.


GST Singapore


So, jika bercerita mengenai GST, boleh jadi gaduh bila diperdebatkan. Jika sistem GST memberi manfaat kepada rakyat, bagus lah tetapi jika membebankan, ia adalah satu kesilapan besar. Jika lakukan GST seperti di Singapura, ia sedap juga didengar kerana rakyat menerima manfaat dari sistem percukaian ini walaupun kadar GST Singapura 7%. Betul tak?

No comments:

Post a Comment