Wednesday, 1 April 2015

Cabaran Makan Tanpa Nasi : Hari Pertama


Diet

Sekarang ini, Bro sedang lakukan diet tanpa memakan nasi. Bro sekarang hanya makan lauk sahaja tapi hanya lauk terpilih sahaja lah. Hari ini merupakan hari pertama Bro berdiet. Cara diet Bro ini seakan Diet Atkins tetapi Bro ubah sedikit sahaja.

makan


Pagi tadi, Bro hanya meminum air Green Tea tanpa gula manakala tengah hari pula Bro ambil makanan agak berat sedikit iaitu sedikit sayur kobis goreng, ayam goreng berempah dan sedikit tempe goreng. Air pula sekadar minum Air Lemon tanpa gula. Pagi tadi sebelum pergi kerja, Bro timbang berat badan masa itu adalah 79kg yang sebelum ini berat Bro cuma 74kg sahaja. Menu petang pula, Bro cuma makan ayam panggang 3 ketul dan sedikit telur dadar bersama air Green Tea. 

timbang


Sebelum makan, Bro cuba menimbang berapakah berat bro setelah seharian tidak makan nasi dan ternyata berat badan bro turun sedikit iaitu 77kg. Baru satu hari tanpa nasi mampu turun dalm 2 kg walaupun Bro tidak lakukan tugas yang berat semasa di pejabat. Yang Bro tekankan bila di pejabat, banyakkan minum air suam sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. Esok, Bro akan sambung diet ini semula. Setiap hari Bro akan cuba update dan memberi perkembangan sehingga Bro mendapat berat badan yang ideal. So, nantikan artikel seterusnya...

No comments:

Post a Comment