Wednesday, 1 April 2015

Alhaji Kamara Pemain Import Muda Baru JDT


Alhaji Kamara

Alhaji Kamara berasal dari Sierra Leone dan dilahirkan pada 16 April 1994, merupakan pemain import terbaru pasukan Liga Super Malaysia iaitu Johor Darul Ta'zim pada jendela perpindahan April ini. Pemain yang kini baru berusia 21 tahun merupakan pemain import termuda dalam pasukan Johor Darul Ta'zim dan juga pemain import termuda di kancah Liga Super Malaysia kali ini.


Alhaji Kamara memulakan karier bola sepak beliau di kelab FC Kallon (2010) kemudian berhijrah ke Djurgårdens IF(pinjaman), IK Frej(pinjaman), IFK Värnamo(pinjaman) dan terakhir di kelab IFK Norrköping. Beliau juga mempunyai caps kebangsaan 
sebanyak 3 kali dan mempunyai 1 goal yang tercipta. 


Alhaji Kamara


Walaupun ianya secara pinjaman, ia juga telah memberi impak kepada Liga Super Malaysia kerana semakin ramai pemain import berkualiti dibawa masuk di liga kita yang sebelum ini tidak langsung. Difahamkan, Alhaji Kamara akan hanya bermain untuk saingan Liga Super sahaja manakala penyerang prolifik JDT, Luciano Figueroa akan bermain untuk saingan AFC Cup. 

Adakah gandingan Patito dengan Alhaji Kamara akan menjadikan bahagian serangan JDT semakin ampuh dan berbisa? Kita nantikan saingan liga Malaysia bermula tidak lama lagi.

 

No comments:

Post a Comment